Ini Gambaran Rancangan Ekonomi Biden Yang Trader Perlu Tahu

1,431

Calon pilihan Presiden AS Joe Biden sebagai Setiausaha Perbendaharaan, telah mendesak Kongres untuk menyetujui lebih banyak pakej rangsangan untuk meringankan kesan pandemik dan merangsang ekonomi.

Pada perbicaraan pengesahannya, Janet Yellen mengatakan bahawa penggubal undang-undang harus ‘bertindak besar’ tanpa perlu risau terhadap hutang negara.

Bekas pengerusi Federal Reserve itu juga menetapkan visi Perbendaharaan yang akan bertindak agresif untuk mengurangkan ketidaksamaan ekonomi, memerangi perubahan iklim serta melawan amalan perdagangan dan subsidi China yang tidak adil.

Sehubungan itu, cukai ke atas syarikat dan orang kaya perlu ditingkatkan untuk membantu membiayai rancangan Biden bagi melabur dalam infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan, serta latihan pekerja untuk meningkatkan daya saing ekonomi, katanya kepada anggota Jawatankuasa Kewangan Senat.

Pentadbiran Biden juga dikatakan akan menyesuaikan dasar terhadap dolar dan menentang isu manipulasi matawang yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan perdagangan.

Yellen juga mengatakan tugasnya sebagai Setiausaha Perbendaharaan adalah untuk membantu rakyat Amerika bertahan sementara menantikan semua menerima vaksin, dan membina semula ekonomi agar lebih kompetitif serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

Pelantikan Yellen dijangka akan dipersetujui dengan mudah bagi menjadikannya Setiausaha Perbendaharaan wanita pertama di Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat