Ini Gesaan Oleh Pengarah IMF Bagi Membendung Penularan Wabak COVID-19!

493

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva pada hari Isnin telah mengeluar kenyataan yang menggesa kerajaan agar mengambil tindakan rangsangan fiskal dan monetari yang selaras sebagai langkah untuk membendung penularan wabak koronavirus daripada terus memberi impak terhadap ekonomi.

Menurut Georgieva, sebanyak 20 negara tambahan yang telah menunjukkan minat terhadap program pembiayaan dari IMF. Dalam masa yang sama, IMF bersedia untuk mengumumkan langkah pinjaman sebanyak $1 trillion bagi membantu 189 negara anggota.

Tambah Georgieva dengan penularan wabak koronavirus yang semakin marak, maka kes rangsangan fiskal global yang diselaraskan adalah semakin diperlukan.

Ketua IMF mencadangkan tindakan fiskal yang diselaraskan pada skala krisis kewangan 2008-2000 jika perlu. Menurut beliau, pada tahun 2009, negara-negara G-20 telah mengerahkan kira-kira 2% daripada KDNK mereka untuk rangsangan atau kira-kira $ 900 bilion.

Beliau berkata bahawa kerajaan perlu mengutamakan perbelanjaan kesihatan dan memberi sokongan kepada orang ramai dan perniagaan yang paling terjejas dengan melaksanakan polisis seprti cuti sakit berbayar dan pelepasan cukai.

Mengenai dasar monetari, beliau berkata bank pusat “harus terus menyokong permintaan dan meningkatkan keyakinan pasaran dengan melonggarkan monetari kewangan dan memastikan aliran kredit kepada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat