Ini Harapan Pasaran Terhadap The Fed Pada Masa Yang Genting Ini!

426

Pemotongan kadar faedah setakat ini belum dapat membendung impak koronavirus, tetapi para pelabur masih berharap The Fed boleh mengambil beberapa tindakan untuk menenangkan kembali pasaran kewangan yang sedang memburuk.

Pada 3 Mac yang lalu, Rizab Persekutuan (The Fed) mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk membuat penurunan kecemasan dalam kadar faedah utama bagi melindungi ekonomi daripada pengembangan risiko “evolving risks” berikutan penularan wabak koronavirus.

Sebahagian penganalisis mencadangkan bahawa Bank Pusat A.S boleh mengumumkan langkah yang sesuai dengan memastikan kecairan dan pinjaman yang mencukupi atau mengembalikan pelonggaran kuantitatif yang digunakan oleh Fed semasa krisis kewangan.

Penganalisis berpendapat bahawa langkah tersebut boleh membuatkan para pelabur dapat menarik nafas lega sedikit selepas berhari-hari berhadapan dengan kemerosotan dalam pasaran saham seperti yang berlaku pada hari Khamis bagi bursa Dow Jones, dimana bursa tersebut telah mencatatkan kejatuhan satu hari terbesar sejak 1987.

Menurut ahli strategi pelaburan, Willie Delwiche, jika pasaran merassakan bahawa tindakan yang diambil oleh the Fed adalah wajar dan membantu pemain pasaran dan pengguna, maka hal tersebut mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Para pedagang matawang buat masa ini menjangkakan pemotongan kadar faedah lebih tinggi daripada the fed dari julat semasa 1-1.25% kepada serendah 0-0.25%. Bagi Nela Richardson, ahli strategi pelaburan, berpendapat pasaran akan beri tindak balas tidak baik jika The Fed gagal untuk mengurangkan kadar faedah.

Presiden Boston Fed Eric Rosengren berkata minggu lalu bahawa bank pusat perlu “berfikir secara matang tentang alat apakah yang akan digunakan” jika virus terus memburuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat