Ini Harapan Pertemuan Mr Presiden dan Abe Berkaitan Dengan Isu Perdagangan!

36

Trump yang mengambil pendirian untuk membebaskan Amerika Syarikat dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang mula dimaterai sejak pentadbiran Barack Obama kini mencari hala tuju yang baru dengan Tokyo.

Beliau juga dijangka akan membuat rundingan semula dengan Mexico dan Kanada mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). NAFTA turut melibatkan banyak asas pelaburan syarikat Jepun kerana kebanyakan syarikat automotif milik jepun bertapak di Mexico.

Menurut salah seorang pegawai Jepun, beliau merasakan Abe tidak akan menolak perdagangan dua hala namun ia bukanlah idea yang baik buat Perdana Menteri tersebut kerana Abe dikatakan lebih berminat terhadap perjanjian perdagangan pelbagai hala.

Pasaran kewangan Jepun juga dijangka akan melihat sama ada Trump akan mengulangi kritikannya terhadap Jepun apabila beliau melemparkan tuduhan bahawa Jepun sengaja melemahkan Yen bagi meningkatkan eksport. Sumber juga menyatakan Tokyo akan menolak dasar monetari yang terlalu longgar untuk diadaptasi ke dalam Abenomics.

Satu Lagi Data Stok Minyak US Meningkat 13.8 Juta Tong

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat