Ini Harga Vaksin COVID-19 Yang Moderna Tawarkan!

1,385

Moderna akan mengenakan bayaran antara $ 32 hingga $ 37 bagi setiap dos vaksin coronavirus yang ditawarkan untuk beberapa pelanggan, di bawah “pandemic prising” yang lebih murah.

Menurut CEO Syarikat yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts, Stephane Bancel, syarikat di bawah pengendaliannya itu sedang mengadakan perbincangan yang melibatkan perjanjian berkenaan jumlah dos vaksin yang banyak dengan harga yang murah. Selain itu, syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka telah bekerjasama dengan para pemerintah dunia dan pihak lagi bagi memastikan vaksin tersebut dapat digunakan tanpa mengambil kira kemampuan sesebuah negara untuk membayar harganya.

Sementara itu, pesanan vaksin dalam jumlah yang kecil didakwa memakan jutaan dolar. Harga yang dikenakan Moderna untuk pesanan kecil adalah lebih tinggi daripada $ 19.50 setiap dos yang dipersetujui oleh syarikat pembuat ubat Amerika Syarikat, Pfizer dan bioteknologi Jerman BioNTech dalam perjanjian dengan kerajaan AS.

Namun, ianya tetap akan dijual dengan harga yang murah ketika pandemik. Jika sudah dunia sudah pun beransur pulih, vaksin tersebut akan dijual mengikut harga pasaran sama seperti vaksin komersial yang lain.

Di samping itu, Moderna mendedahkan bahawa mereka telah memulakan perbincangan dengan beberapa negara untuk menyediakan vaksin coronavirus yang berpotensi, dikenali sebagai mRNA-1273, bahkan telah pun menerima deposit bayaran sekitar $ 400 juta pada 31 Julai.

Pada minggu lalu, syarikat itu telah menjalankan percubaan fasa tiga untuk menguji keberkesanan vaksin tersebut pada 30,000 orang dan hasilnya mungkin boleh didapati pada seawal Oktober. Syarikat itu mengatakan pihaknya akan menyelesaikan pendaftaran untuk percubaan fasa tiga pada bulan September.

Vaksin eksperimen Moderna, yang sedang dibangunkan dengan bantuan Institut Kesihatan Nasional itu mengandungi bahan genetik yang disebut messenger RNA, atau mRNA, yang didakwa oleh para saintis dapat membantu sistem kekebalan tubuh untuk melawan virus.

 

Tambahan daripada itu, syarikat tersebut turut menerima peruntukan sebanyak $ 483 juta dari Biomedical Advanced Research and Development Authority pada bulan April untuk menyokong pembangunan vaksin mereka manakala pada bulan lalu, ia mengumumkan akan menerima dana tambahan sebanyak $ 472 juta dari kerajaan Amerika Syarikat.

Pada hari ini, Moderna telah melaporkan bahawa mereka mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5 kali ganda pada suku kedua terutamanya ketika pembangunan vaksin COVID-19. Pendapatan mereka melonjak kepada $ 66.4 juta pada suku itu, lebih daripada 6 kali ganda daripada $ 13.1 juta dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat