Ini Hasil Dapatan Kajian BoE Mengenai Impak Brexit Terhadap Sektor Perniagaan!

249

Kajian soal selidik yang dijalankan mendapati perniagaan-perniagaan di UK bertumbuh lebih baik pada bulan lepas berbanding pertumbuhan yang dicatat sebelum itu. Kajian ini sedikit mengejutkan kerana pasaran menjangkakan ketidakpastian akan lebih lama disebabkan kesan Brexit.

Walaupun sektor perniagaan kurang suram berbanding sebelumnya pada bulan lepas, kebanyakkan perniagaan masih memikirkan bahawa Brexit akan memberi impak terhadap jualan mereka pada jangka masa panjang. Dapatan ini adalah berdasarkan laporan bulanan Pembuat Dasar BoE yang dikeluarkan pada hari Khamis.

Disisi lain pihak perangkaan menjangkakan peningkatan jualan akan meningkat kepada 17% daripada 13% pada bulan November berdasarkan soal selidik BoE. Namun bagi pihak yang menjangkakan Brexit akan memberi impak pada perniagaan meramalkan baaawa jualan syarikat akan jatuh daripada 36% kepada 33%.

Pada ketika ini para pelabur sedang meneliti tanda-tanda bahawa kemenangan Johnson dalam pilihan raya pada 12 Disember kerana ia telah menghilangkan kembimbangan terhadap kestabilan politik UK yang berpotensi memberikan rangsangan yang diperlukan oleh ekonomi.

Laporan soal selidik BoE menunjukkan 53% perniagaan menyatakan bahawa Brexit adalah faktor utama ketidakpastian pasaran.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah menyatakan bahawa beliau bertekad untuk menyelesaikan hubungan perdagangan Britain pada masa hadapan dengan Kesatuan Eropah sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2020.

Laporan soal selidik ini dijalankan 6 Disember dan 20 Disember yang merangkumi 2,887 eksekutif perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat