Ini Jangkaan Fed Terhadap Pemulihan Ekonomi AS Pada Suku Kedua 2020

211

Beberapa pembuat dasar Federal Reserve AS (Fed) berpandangan bahawa ekonomi AS akan mulai pulih pada suku kedua tahun ini setelah dijejaskan oleh pandemik COVID-19, namun ia dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan tidak sekata.

Penilaian yang dilihat lebih lemah daripada biasa itu, dibuat ketika kebanyakan negeri di AS mula membuka semula ekonomi mereka setelah ia dihentikan untuk membendung penularan wabak coronavirus.

Lebih daripada 30 juta warga Amerika telah membuat tuntutan faedah pengangguran dalam tempoh enam minggu terakhir, dengan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat ini dijangka akan memperlihatkan kejatuhan yang ketara.

Menurut Naib Pengerusi Fed Richard Clarida, Amerika kini sedang mengalami penguncupan yang paling teruk dalam aktiviti ekonomi sementara kadar pengangguran pula dijangka akan meningkat ke tahap tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak 1940.

Bagaimanapun, Clarida berharap supaya Fed dapat mengehadkan kesan ke atas ekonomi, selain turut menambah bahawa terdapat kemungkinan besar pemulihan ekonomi akan bermula pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic pula berpendapat bahawa pemulihan ekonomi adalah bergantung kepada bagaimana AS akan bertindak balas untuk menstabilkan kadar jangkitan di negara itu.

Tambah beliau lagi, ia sangat sukar untuk mengenalpasti bentuk pemulihan ekonomi dan berpendapat bahawa pemulihan ‘V-shaped’ dilihat sukar dicapai oleh kebanyakan kawasan di AS.

Kes jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan setiap hari sehingga mencecah 1.1 juta setakat ini, sementara beberapa ahli epidemiologi meramalkan lebih 130,000 kematian pada awal bula Ogos.

Di samping itu, Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula mengatakan bahawa adalah wajar untuk mengharapkan pemulihan pertumbuhan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, tetapi hasilnya mungkin lebih rendah.

Walaupun Federal Reserve telah menurunkan kadar faedah kepada hampir sifar dan melancarkan pelbagai langkah rangsangan untuk menyokong ekonomi AS, namun menurut pembuat dasar, masa untuk pemulihan ekonomi adalah bukan di bawah kawalan bank pusat, malah ia bergantung kepada usaha untuk memerangi coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat