Ini Jangkaan Pelabur Terhadap Keputusan ECB

310

Menjelang pertemuan Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini, pasaran menjangkakan bank pusat akan terus mengekalkan langkah rangsangan dalam penetapan dasar monetari mereka.

ECB dilihat tidak tergesa-gesa untuk mengubah pendirian terhadap dasar monetari semasa, lebih-lebih lagi selepas Presiden Christine Lagarde memberi kenyataan dovish susulan pertemuan Eurogroup pada awal bulan ini.

Lagarde sebelum ini menolak beberapa spekulasi yang berlegar dalam pasaran bahawa akan ada perubahan besar dalam penetapan dasar semasa ketika mesyuarat polisi bulan Jun.

Pelabur percaya bahawa perbincangan mengenai pengurangan (tapering) dalam pembelian bon kecemasan pandemiknya memandangkan prospek ekonomi masih dilihat tidak menentu.

Pada asasnya, prospek terhadap ekonomi Zon Eropah semakin cerah, disokong oleh bacaan data yang memberangsangkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun, terdapat juga kebimbangan terhadap bacaan data yang mengecewakan baru-baru ini, di mana pesanan kilang dan pengeluaran industri pada bulan April mencatatkan penurunan berikutan kelemahan penjualan runcit.

Susulan itu, ECB mungkin memilih untuk mengelakkan perbincangan mengenai isu ini sehingga data ekonomi mempamerkan pertumbuhan yang sesuai dengan jangkaan.

Pada sesi Eropah, matawang euro didagangkan stabil di sekitar harga 1.21600 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat