Ini Jangkaan Penganalisis Terhadap Perubahan Dasar ECB!

232

Menurut tinjauan ahli ekonomi Bloomberg, Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan memperlahankan pembelian bon kecemasannya pada bulan Julai dan memberi isyarat pada akhir tahun ini bahawa program ini akan dihentikan pada bulan Mac 2022.

Lebih 60% responden meramalkan ECB akan mengikuti garis masa sekarang untuk pembelian bersih, dan hampir sebilangan besar menjangkakan bank pusat akan memberi peringatan tiga bulan sebelum menghentikan program ini.

Bank pusat telah mempercepatkan program pembelian kecemasan pandemik bulan lalu untuk memastikan keadaan pembiayaan bagi syarikat, isi rumah dan kerajaan di seluruh kawasan euro tetap baik.

Bagaimanapun, menjelang pertemuan ECB pada minggu depan, penganalisis menjangkakan bank pusat tidak akan melakukan sebarang perubahan dalam dasar monetarinya.

Presiden ECB, Christine Lagarde sebelum ini ada mengatakan bahawa ekonomi Eropah akan menerima kesan daripada pemulihan AS yang lebih cepat dan rangsangan fiskal yang lebih besar dengan meningkatkan infasi sebanyak 0.15%.

Walaupun kadar jangkitan yang tinggi dan penutupan yang ketat di banyak wilayah masih membendung aktiviti perniagaan, peningkatan vaksinasi menunjukkan bahawa sekatan coronavirus akan diangkat secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang.

Penganalisis meramalkan pemulihan ekonomi akan bermula pada suku kedua dan menjadi lebih kukuh menjelang akhir tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat