Ini Jangkaan Pergerakan EUR/USD Menjelang Mesyuarat FOMC

527

Walaupun sedikit reda, namun sentimen pasaran kekal berisiko sehingga dagangan bersambung pada awal minggu ini setelah perang antara Rusia dan Ukraine berlarutan selama 3 minggu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Kyiv dilihat tidak serius untuk mencari penyelesaian bagi kesepakatan bersama.

Berita ini telah melunturkan harapan untuk rundingan bagi kedua-dua negara itu selepas penasihat Presiden Ukraine memberitahu bahawa mereka yakin perjanjian diplomatik akan dicapai dalam masa beberapa minggu akan datang.

Dalam perkembangan lain, China mengumumkan langkah sekatan pergerakan yang lebih ketara selepas lonjakan semula kes jangkitan coronavirus di negara itu.

Sentimen risk-off pasaran buat waktu ini dilihat menyokong pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven sementara pelabur sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD bergerak mendatar pada awal minggu ini sebelum pelabur jangkakan pergerakan drastik harga bakal berlaku selepas mesyuarat FOMC.

Bersambung sehingga dagangan Selasa semalam, harga telah menguji paras rintangan pada 1.1000 namun tetap gagal untuk menembusinya lagi.

Penurunan harga berlaku semula pada sesi New York semalam ke paras sekitar 1.09300 dan berlegar di paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sementara pelabur nantikan isyarat bagi pergerakan harga selanjutnya.

Untuk jangkaan penurunan yang bakal diteruskan, zon support harga pada 1.0800 bakal menjadi sasaran untuk menguji paras terendah dicecah minggu lalu.

Penurunan lebih rendah melepasi support tersebut seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras terendah terbaru sekitar 1.07000.

Namun, sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan melepasi rintangan 1.1000, harga berkemungkinan akan mula bersedia untuk bergerak dalam trend bullish semula.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.11200 yang menjadi rintangan buat harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat