Ini Jangkaan Terhadap Nilai Matawang Pound Menjelang Akhir Tahun Ini

448

Matawang pound sterling dijangka akan melemah berbanding US dolar menjelang akhir tahun ini ekoran ditekan oleh ketidakpastian Brexit dan kebimbangan terhadap pemulihan daripada pandemik coronavirus.

Pound sterling yang menyentuh tahap tertinggi bagi tahun ini berbanding dolar greenback pada Selasa dengan menembusi paras harga 1.34, kembali merosot setelah pembuat dasar Bank of England (BOE) memberi amaran mengenai ekonomi yang mungkin akan menderita lebih teruk lagi berbanding yang dijangkakan.

Britain telah mencatatkan angka tertinggi dalam jumlah kematian akibat Covid-19 di Eropah dan langkah sekatan yang dikenakan untuk membendung penularan telah mengakibatkan ekonomi negara itu menguncup sebanyak 20.4% pada suku sebelum ini.

Timbalan Gabenor Bank of England (BOE) Dave Ramsden memberitahu pada Rabu bahawa tahap ekonomi Britain mungkin akan kekal pada 1.5% lebih rendah daripada yang sepatutnya ketika ia tidak dilanda krisis pandemik Covid-19.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Reuters, lebih daripada 60 orang ahli strategi pertukaran asing meramalkan bahawa pound sterling akan didagangkan pada $1.31 dalam sebulan berbanding $1.33 paras harga semasa yang direkodkan setakat ini.

Di samping berusaha untuk pulih daripada kerosakan yang disebabkan pandemik, UK kini berdepan cabaran yang lebih besar dalam usaha untuk mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum tempoh peralihan berakhir, kedua-dua pihak masih menemui jalan buntu kerana keengganan masing-masing untuk berkompromi walaupun menyatakan bersedia untuk berbuat demikian.

Sementara itu, tinjauan daripada Reuters menunjukkan bahawa pound sterling akan jatuh pada $1.30 sebelulan sebelum tempoh peralihan berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat