Ini Jangkaan Untuk Pergerakan EUR/USD Menjelang Data CPI AS!

257

Kukuh di awal minggu, raja mata wang US dolar kembali didagangkan susut semula pada Selasa semalam susulan pelabur mula berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

Bacaan indeks harga pengguna (CPI) yang terbaru diramalkan untuk menurun ke paras 5.1% daripada 6.0% sebelum ini, yang akan mendorong jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan lagi dasar monetari.

Oleh itu, US dolar menerima kesan lebih awal terhadap jangkaan ke arah tersebut namun situasi boleh berubah ketika data sebenar diterbitkan.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang turun mencecah paras 1.08300 di awal minggu kembali melantun naik semula semalam untuk didagangkan semula di atas paras 1.09000.

Zon tersebut kekal menjadi tumpuan sejak minggu lalu dan pergerakan harga perlahan di zon itu menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini.

Isyarat pemulihan harga untuk pergerakan lebih bullish dilihat selepas kenaikan semalam telah melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Untuk jangkaan jika US dolar kekal lemah, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi dan berpotensi mengatasi ketinggian dicapai minggu lepas.

Kemudian, harga dijangka akan memberi reaksi pada paras 1.10000 untuk menguji zon rintangan itu selain turut mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun sebaliknya jika US dolar mengukuh, harga boleh menjunam semula seperti yang dipaparkan di awal minggu sebelum menguji zon sokongan pada 1.08000.

Susut lebih rendah dengan petunjuk bearish lebih jelas akan menjangkakan harga menuju sehingga sekitar 1.07000 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat