Ini Janji Pelik David Gokhshtein Jika SHIB Capai $0.01!

719

“Jangan tiba-tiba senyap sunyi pula kalau harga dah tembus $0.01, ramai dah screenshot ni.”

Usahawan Amerika Syarikat (AS) David Gokhshtein menyahut cabaran pengguna Twitter bernama Shiba Miracle $0.01 yang menginginkan beliau memadam akaun saluran media sosial utamanya iaitu Twitter yang memiliki 700,000 pengikut jika memecoin Shiba Inu (SHIB) mencecah paras harga $0.01.

Walaupun SHIB berjaya mendaki sebanyak 3.98% pada paras $0.00001 dalam tempoh 24 jam lalu, harga memecoin tersebut masih mempunyai jauh perjalanan untuk melepasi $0.01.

Umum mengetahui bahawa janji Gokhshtein datang apabila Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Coinbase Balaji Srinivasan umumkan akan memindahkan $2 juta ke dalam USDC untuk pertaruhan Bitcoin (BTC), di mana beliau percaya ia bakal cecah $1 juta dalam 90 hari.

Pun begitu, kebanyakan individu berasa sangsi dengan keyakinan Srinivasan dan pakar kripto terkenal Adam Cochran pula meluahkan ketidakpuasan hatinya berkenaan ramalan beliau untuk BTC.

Hal ini kerana Cochran berpendapat BTC memerlukan sentimen lebih kukuh untuk harganya mengatasi peningkatan 547% yang dilihat dari tahun 2020 hingga 2022.

Namun perlu diketahui John McAfee, pengasas syarikat software antivirus McAfee yang telah meninggal dunia turut membuat ramalan sama seperti Srinivasan.

Pada Julai 2017, McAfee meramalkan harga BTC akan mencecah $500,000 dalam tempoh tiga tahun tetapi menukar jangkaannya dengan menyebut aset digital tersebut berupaya melepasi $1 juta menjelang akhir tahun 2020.

Malangnya jangkaan beliau meleset susulan harga BTC menjelang akhir tahun 2020 adalah sekitar $29,000 dan McAfee pula dilaporkan meninggal dunia pada 23 Jun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat