Ini Jawapan BNM Mengenai Turun Naik Ringgit!

602

Kejatuhan dalam nilai ringgit Malaysia baru-baru ini telah menimbulkan kegelisahan terhadap prestasi mata wang negara.

Ia bukan sahaja jatuh berbanding dolar Amerika, tetapi penyusutan turut disaksikan berbanding mata wang lain terutamanya negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand.

Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mengatakan adalah munasabah untuk ringgit berubah-ubah dari semasa ke semasa di bawah kadar pertukaran fleksibel.

Hal ini akan membolehkan ekonomi negara menyesuaikan diri dengan kejutan ekonomi dan kewangan global disebabkan pengetatan Federal Reserve (Fed).

Menyingkap kepada apa yang berlaku pada tahun lepas, ringgit jatuh 11.5% antara akhir Mac dan awal November sebelum melantun 7.8% menjelang akhir tahun dengan pengembangan ekonomi 8.7%.

Dalam pada itu, Tan Sri Nor Samsiah juga menyatakan bahawa kadar dasar semalaman (OPR) perlu diselaraskan sejajar dengan ekonomi yang semakin kukuh.

Beliau berkata langkah sedemikian perlu untuk memastikan dasar makro yang luas selari dengan realiti ekonomi negara.

Namun begitu, bank pusat itu mengakui bahawa terdapat cabaran yang dihadapi negara walaupun ekonomi secara keseluruhan masih sihat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat