Ini Jumlah Tuntutan Pengangguran Awal A.S Selepas Perintah Sekatan Ditarik Balik!

334

Laporan hari Khamis menunjukkan sebanyak 1.88 juta rakyat Amerika yang memohon tuntutan penggangguran pada minggu lepas yang berakhir pada 30 Mei berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja AS.

Walaubagaimanapun data menunjukkan bahawa angka jumlah tuntutan terus mencatat peningkatan dan ini membawa indikasi bahawa pengambilan kembali pekerja tidak semestinya mampu mengatasi peningkatan berterusan jumlah tuntutan.

Jumlah tuntutan awal pada minggu lepas selaras dengan ramalan para pakar ekonomi dan jatuh dari angka 2.12 juta yang dicatat pada minggu sebelumnya. Namun bacaan minggu lepas merupakan bacaan yang pertama kali mencatat angka jumlah tuntutan dibawah 2 juta sejak akhir bulan Mac. Jumlah tuntutan pengangguran menurun sejak mencapai rekod 6.86 juta pada minggu yang berakhir pada 28 Mac.

Jabatan Tenaga Kerja A.S juga melaporkan bahawa jumlah rakyat yang menerima faedah adalah berada di atas jangkaan iaitu pada 21.49 juta pada minggu yang berakhir 23 Mei. Secara keseluruhan, jumlah tuntutan yang dilaporkan ini telah menawarkan suatu indikasi yang positif mengenai pasaran buruh.

Laporan jumlah tuntutan merupakan laporan yang dinantikan kerana ia memberi indikasi sejauh mana kesan penularan pandemik terhadap ekonomi dan kadar pemulihan dari pengurangan sekatan perniagaan.

Pasaran kini menantikan laporan pekerjaan bulan rasmi pada keesokan hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat