Ini Ke Punca Saham MyEG Melonjak, Iris Corp Jatuh?

587

Khabar angin yang berlegar mengenai projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah mencetuskan ketidaktentuan dalam saham Iris Corp Bhd.

Iris Corp susut 13% pada pembukaan dagangan Isnin (13 Mac), sebelum mengurangkan kerugian untuk didagangkan 10.5 sen atau jatuh 8.7% dengan permodalan pasaran RM342.61 juta.

Pelaksanaan NIISe menjadi kontroversi selepas ia dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak kerajaan kepada Iris Corp yang melibatkan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menantunya.

Rentetan daripada itu juga kerajaan masih mempertimbangkan sama ada untuk membatalkan atau meneruskan projek bernilai RM1.2 bilion itu.

Sementara itu, saham MyEG Services Bhd yang turut mempunyai kaitan dengan projek NIISe, melonjak tinggi sebanyak 5.4% pada sesi dagangan pagi ini sebelum mengurangkan keuntungan untuk didagangkan 76.5 sen dengan nilai pasaran RM5.76 bilion.

Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu sebelum ini terkesan teruk susulan pengumuman Jabatan Imigresen untuk tidak menggunakan khidmatnya lagi kerana semua proses imigresen akan diuruskan oleh NIISe.

Walaupun begitu, isu terbaru dalam projek tersebut kembali memberi sokongan buat saham MyEG untuk meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat