Ini Kedudukan Terkini Matawang Dalam Suasana Pasaran Berisiko!

571

Matawang Chinese yuan pada hari ini susut lebih 1%, jatuh dibawah 7 per US dolar buat pertama kali sejak krisis kewangan 2008 berikutan ketegangan perang dagang AS-China yang semakin meletus.

Menurut penganalisis, ini boleh jadi situasi yang besar untuk matawang yuan pada tahun ini. Impak perang dagang AS-China semakin hari memberi kesan yang semakin besar. Melalui pengamatan, bank pusat China (PBOC) tidak kelihatan untuk melemahkan matawang yuan bagi melawan tekanan perdagangan daripada AS. Matawang yuan jatuh berikutan jualan lambak oleh para pedagang akibat situasi panik.

Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah selepas Beijing berjanji akan membalas tindakan Presiden Donald Trump. Trump telah mengenakan 10% ke atas baki $300 billion barangan import China.

Matawang yuan yang lemah telah menyebabkan beberapa matawang Asia susut seperti Korean won dan Taiwan dolar yang masing-masing jatuh 1% dan 0.5%.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah sebanyak -0.40% pada paras 97.453 berikutan isu dagang AS-China.

Matawang Aussie yang terdedah kepada risiko pasaran membangun China turut susut sebanyak 0.40% pada paras 0.6771 berbanding US dolar setakat jam 9.40 p.m.

Disisi lain, EUR/USD mencatat pengukuhan dengan mengukuh 0.66% pada paras 1.1181.Matawang pound masih didagangkan di paras rendah 2017 iaitu 1.2165 berikutan situasi Brexit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat