Ini Kenyataan China Yang Menjadi Penggerak Kepada USD Pada Sesi Eropah

422

Dagangan dolar USD yang dikecewakan oleh kelemahan data pekerjaan ADP dan data bukan pembuatan ISM, menunjukkan sedikit peningkatan pada sesi Eropah berikutan kenyataan terbaru daripada Kementerian Perdagangan China.

Selaku jurucakap bagi Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata bahawa pihaknya masih kekal berkomunikasi dan berhubungan rapat dengan Amerika Syarikat dalam perbincangan mengenai perjanjian dagang, namun tidak memberikan kenyataan lebih lanjut mengenainya.

Selain itu, beliau turut berpegang pada pendiriannya bahawa beberapa tarif perlu ditarik kembali sekiranya China dan Amerika Syarikat mencapai kesepakatan dalam perjanjian dagang.

Matawang pound terus mempamerkan pengukuhan untuk diniagakan tinggi di atas paras $1.31 berbanding USD dengan keyakinan tinggi terhadap kemenangan Parti Konservatif kerajaan akan memenangi pilihan raya yang berbaki satu minggu sahaja lagi.

Jangkaan mengenai Parti Konservatif untuk memenangi majoriti telah mendorong pelabur untuk kembali mendapatkan matawang pound, walaupun terdapat kekhuatiran yang berterusan mengenai kemungkinan UK akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian perdagangan.

Dagangan euro mula menunjukkan peningkatan pada awal sesi Eropah berbanding beberapa matawang utama, walaupun data pesanan kilang Jerman jatuh 0.4% tersasar daripada yang diunjurkan untuk meningkat sebanyak 0.3%.

Di sisi lain, pergerakan dolar Australia masih terjejas dengan data lebihan dagangan yang dicatatkan paling rendah sejak Disember tahun lalu dan data jualan runcit tidak berubah. Ini menimbulkan kebimbangan buat pasaran mengenai kemungkinan bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedahnya pada penetapan dasar monetari akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat