Ini Kenyataan Pembuat Dasar ECB Mengenai Pembelian Bon!

383

Pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Francois Villeroy de Galhau mengatakan pada hari Isnin, bahawa bank pusat merancang untuk mengekalkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) sehingga sekurang-kurangnya Mac 2022.

Tambah beliau, tidak ada desakan untuk memutuskan masa depan PEPP menjelang mesyuarat polisi ECB pada bulan September kerana tidak seperti Federal Reserve (Fed) AS, ECB dapat menyesuaikan pembelian bulanannya mengikut keadaan pembiayaan.

Ketika bercakap di radio BAM Business, Villeroy mengatakan bahawa keadaan pembiayaan di zon euro telah bertambah baik sejak mesyuarat terakhir ECB pada bulan Jun.

“Perbincangan kami harus mengambil kira peningkatan dalam keadaan pembiayaan ini,” kata Villeroy.

Beliau juga mengatakan bank pusat menjangkakan lonjakan inflasi sementara akan berlaku di tengah pemulihan ekonomi yang kuat dan kekurangan bekalan barangan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.

Beliau yang juga Gabenor bank pusat Perancis turut meramalkan ekonomi di Perancis dan Zon Eropah akan kembali ke tahap pra pandemik pada awal tahun 2022 atau mungkin lebih awal, dan tidak ada risiko inflasi yang jauh lebih tinggi pada tahap ini.

Matawang euro bagaimanapun tidak memberi reaksi susulan kenyataan beliau, dengan terus didagangkan stabil berbanding US dolar selepas meraih keuntungan besar pada minggu lalu susulan kenyataan dovish Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat