Ini Kesan Ke Atas Pergerakan Dolar Sejak Perjanjian Perdagangan AS Dan China Dicapai

465

Dolar Amerika mencatat pengukuhan selepas Amerika Syarikat (AS) dan China mengumumkan perkembangan terhadap rundingan perdagangan sementara pound pula masih mengekalkan pengukuhan dengan harapan perjanjian Brexit dapat dicapai sebelum Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Dolar pulih berbanding yen sehingga mencapai paras tertinggi sejak Ogos pada hari Jumaat, tetapi kembali menyusut susulan Presiden AS Donald Trump mengatakan bahawa AS dan China telah mencapai kesepakatan perdagangan ‘Fasa 1’ yang merangkumi pembelian produk pertanian AS, matawang dan beberapa aspek lain berhubung perlindungan harta intelek.

Pencapaian perdagangan fasa 1 turut bermaksud lebih banyak perbincangan yang akan diadakan dan risiko untuk rundingan ini untuk gagal juga tinggi. Pada sesi pembukaan awal dagangan di Asia hari ini, dolar dilihat menyusut berbanding yen.

Pengumuman tersebut bagaimanapun tidak mengemukakan butiran yang banyak manakala Trump pula menyatakan bahawa perjanjian yang telah dicapai itu mungkin akan mengambil masa sehingga lima minggu untuk mendapatkan perjanjian bertulis.

Beliau turut mengakui bahawa dalam tempoh itu, perjanjian tersebut juga mempunyai potensi untuk gagal walaupun Trump menyatakan keyakinannya ia tidak akan berlaku.

Sementara itu perkembangan di Eropah, pound Britain melonjak pada hari Jumaat kepada paras tertinggi sejak Julai berikutan pelabur yang optimis terhadap perjanjian Brexit dapat dicapai.

Bagaimanapun, situasi yang berbeza dapat dilihat pada dagangan Asia pagi ini dengan pound mulai mencatat penyusutan.

EU bersetuju pada Jumaat untuk mengadakan satu lagi rundingan dengan UK dalam usaha bagi memecahkan kebuntuan dan mendapatkan perjanjian Brexit sebelum tarikh akhir 31 Oktober ini.

Terdapat lebih banyak perbincangan akan diadakan hari ini, dengan Perdana Menteri Boris Johnson turut berharap perjanjian itu akan dipersetujui pada waktunya bagi pemimpin EU untuk meluluskannya pada sidang kemuncak di Brussels pada Khamis dan Jumaat minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat