Ini Kesan Pada Carta AUD/USD Selepas Minit RBA Diterbitkan

137

Dolar Australia didagangkan lemah pada sesi Asia pagi ini (Selasa) sehingga mengheret ke pembukaan pasaran sesi Eropah berikutan tumpuan yang terarah pada terbitan minit mesyuarat bank pusat Australia.

Meneliti butiran minit, Reserve Bank of Australia (RBA) memberi isyarat dovish pada mesyuarat polisi terbaru yang mempertimbangkan untuk menghentikan kenaikan kadar faedah buat sementara waktu.

Oleh itu, selepas kenaikan kadar faedah 25 mata asas pada mesyuarat Mac, berkemungkinan tiada kenaikan kadar akan dilaksanakan pada mesyuarat April nanti.

Dasar monetari bank pusat yang dilihat menuju ke arah fasa yang lebih longgar telah memberi kesan penyusutan pada nilai mata wangnya.

Justeru, pada carta harga pasangan AUD/USD, harga mula memaparkan penurunan pada sesi Asia pagi ini.

Seperti corak yang dipaparkan awal minggu semalam, penurunan harga juga berlaku di sesi Asia ke paras sekitar 0.66700.

Namun, gagal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu kembali menyaksikan harga membuat kenaikan semula melepasi paras 0.67000.

Pun begitu, halangan pada ketinggian 0.67300 masih lagi belum berjaya di atasi sebelum isyarat bearish harga mula muncul hari ini susulan pergerakan harga mula berada di bawah sokongan MA50.

Harga yang telah turun di bawah paras 0.67000 dilihat akan meneruskan penurunan lebih rendah ke paras sokongan minggu lalu pada sekitar 0.66000.

Zon 0.65700-0.65400 akan menjadi tumpuan seterusnya pada penurunan yang masih dilanjutkan harga.

Sebaliknya, jika harga berubah arah membuat kenaikan semula di atas paras 0.67000, halangan awal minggu akan dilepasi sebelum harga dipacu lebih tinggi ke zon 0.67700.

Untuk jangkaan bagi kenaikan seterusnya, zon 0.68300 akan dicapai sebelum harga menuju pula ketinggian sekitar 0.69000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat