Ini Kesan Terhadap Dolar Kanada Susulan Keputusan Pilihan Raya Umum Diumumkan

429

Parti Liberal Justin Trudeau telah mengekalkan kekuasaannya dalam pilihan raya tetapi kemenangannya dihadkan dengan terpaksa memimpin sebuah kerajaan minoriti kerana gagal mendapatkan undian majoriti.

Parti Liberal mendahului dengan memenangi 156 daripada 388 kerusi dalam pilihan raya umum ke-43 Kanada, namun parti tersebut gagal untuk memenangi 170 kerusi yang diperlukannya untuk mentadbir kerajaan majoriti buat kali kedua.

Susulan daripada itu, dolar Kanada terus mengukuhkan pengukuhannya dengan dolar USD berbanding loonie didagangkan di bawah paras 1.31 di samping laporan kajian tinjauan perniagaan Bank Kanada dan jualan runcit negara itu turut menjadi tumpuan pasaran hari ini.

Trudeau merupakan pemimpin Parti Liberal yang disahkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam kempen terakhir dan dianggap sebagai salah seorang pemimpin progresif terakhir di kalangan demokrasi utama di dunia.

Bagaimanapun, kepopularitiannya jatuh apabila baru-baru ini beliau terpalit dengan skandal ‘blackface’ dan telah dikritik terhadap pengendaliannya dalam kes rasuah yang melibatkan sebuah syarikat pembinaan besar Kanada.

Dengan kemenangan yang dicapai, ini bermakna Justin Trudeau perlu bergantung kepada sokongan daripada parti lain untuk mentadbir. Parti itu memerlukan sokongan daripada sekurang-kurangnya satu pihak lain untuk meluluskan sebarang undang-undang semasa penggal ini.
Jika ia terpaksa mendapatkan sokongan daripada Parti Demokratik Baru (NDP), ia dikatakan akan memberi kesan sektor tenaga Kanada dan matawang loonie memandangkan NDP merupakan antara pihak yang menentang projek saluran minyak Trans Mountain yang dibeli oleh pemerintahan Trudeau sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat