Ini Komponen Ekonomi Malaysia Yang Menyebabkan Ringgit Jatuh

485

Imbangan perdagangan atau  dalam bahasa inggerisnya  “Trade Balance”, adalah satu indikator yang amat penting untuk kita melihat sama ada ekonomi sesebuah Negara itu baik atau tidak. Secara ringkasnya imbangan perdagangan adalah jumlah eksport tolak jumlah import bersih.

Di mana jika hasil tolak itu  positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan perdagangan) yang mana adalah baik manakala jika hasil tolak itu adalah negatif, ia dipanggi trade deficit (defisit perdagangan).

Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah Negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import.

Apabila ini berlaku, kita tahu pengaliran wang masuk ke Negara kita lebih banyak berbanding ke luar Negara kerana negara luar lebih banyak membeli barang dari Negara kita berbanding kita membeli barang dari Negara luar.

Begitu juga sebaliknya jika data imbangan perdagangan adalah defisit.

Jika kita lihat dari segi nilai matawang pula, apabila imbangan perdagangan adalah positif ini bermakna lebih banyak matawang Negara lain masuk ke Negara kita. Sebelum Negara luar ingin membeli barang, mereka perlu menukar dahulu wang mereka kepada bentuk matawang tempatan.

Contohnya, peniaga dari Amerika ingin membeli minyak sawit Malaysia dalam kuantiti yang besar yang berharga RM4.2 billion, peniaga tersebut perlu menukar wang USD 1 billion itu kepada ringgit Malaysia untuk membeli minyak sawit tadi. Dengan andaian kadar tukaran semasa ialah (USD1 = RM4.20).

Berlakulah pengaliran wang dari luar negeri masuk ke Malaysia. Dan apabila pengaliran matawang asing semakin tinggi ke Malaysia akan menyebabkan penawaran matawang asing meningkat dan menyebabkan nilai ringgit Malaysia meningkat berbanding matawang USD. Begitu juga halnya dengan negara-negara lain.

Seterusnya mari kita lihat data imbangan perdagangan Malaysia setakat ini.

tred
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia

 

Berdasarkan carta di atas, dapat kita lihat eksport Malaysia yang semakin berkurangan sejak Julai 2014 sehinggalah Julai tahun ini. Secara puratanya Eksport Malaysia telah jatuh 8.7% setahun bermula dari tahun 2014.

Penurunan ini lebih teruk daripada jangkaan penganalisis ekonomi yang menandakan penurunan terbesar dalam 21 bulan terakhir kerana permintaan global terhadap eksport utama Malaysia berkurangan. Menurut Institut Statistik Kebangsaan, penurunan terbesar dicatatkan dalam eksport getah asli.

Kita tidak dapat menafikan kelembapan perdagangan Malaysia banyak disebabkan oleh external factor (faktor luaran) iaitu ekonomi dunia yang perlahan.

China sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dunia juga sedang mengalami penyusutan pertumbuhan ekonomi sejak beberapa tahun ini.

Namun, diharap kita dapat melihat data-data positif dari ekonomi-ekonomi besar dunia seperti China, Amerika, Kesatuan Eropah dan Jepun di masa hadapan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat