Ini Lagi Dahsyat! CIMB Group Catat Lonjakan Keuntungan Bersih Berbilion Ringgit

1,366

CIMB Group Holdings Bhd pamer peningkatan keuntungan bersih pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 sebanyak RM1.08 bilion berbanding RM277.08 juta pada tahun lalu.

Pendapatan syarikat juga melonjak 20.9% kepada RM4.67 bilion daripada RM3.86 bilion tahun 2020 dipacu oleh pendapatan operasi yang kukuh serta peruntukan rendah.

Sumbangan ketara keuntungan penilaian semula RM1.16 bilion daripada pemisahan TNG Digital telah memacu CIMB untuk mencatat keuntungan bersih sebanyak RM3.54 bilion pada separuh pertama 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata prestasi kukuh kumpulan mencerminkan kejayaan dari pelan strategik Forward23+ dan momentum pemulihan ekonomi.

Walau berlaku sedikit kemerosotan pada jualan kasar suku kedua 2021 susulan lonjakan semula penularan Covid-19, kumpulan itu tetap menerima manfaat daripada pemulihan pendapatan yang positif pada separuh pertama 2021.

Faktor berkenaan diambil kira daripada kesan asas yang rendah pada tahun sebelumnya yang disokong oleh peningkatan margin faedah, peruntukan rendah dalam kumpulan dan fokus kepada kos yang berterusan.

Perniagaan digital menyaksikan momentum kukuh yang mana pengguna berdaftar TNG Digital melonjak kepada 16.1 juta, peroleh pertambahan 600,000 pengguna pada suku kedua 2021.

Tambahnya, GO+, penawaran pelaburan yang terdapat di aplikasi Touch ‘n Go eWallet juga mencapai 1.2 juta pelabur dalam tempoh 3 bulan dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM112 juta setakat Jun 2021.

Abdul Rahman berkata walaupun bank itu mempamer prestasi kukuh, ia masih kekal mengambil langkah waspada disebabkan oleh potensi risiko pertumbuhan yang perlahan pada separuh kedua.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat