Ini Masanya Untuk Matawang Komoditi Naik Lebih Tinggi!

535

Dagangan matawang berkaitan komoditi terus mendapat keuntungan, dengan menyaksikan dolar Aussie, loonie dan kiwi didagangkan lebih tinggi berbanding greenback pada sesi Eropah.

Kenaikan ini didorong oleh peningkatan dalam harga komoditi yang disebabkan kekurangan dalam bekalan global, terutamanya tembaga.

Dolar Aussie kembali meningkat menghampiri paras tertinggi 4 minggu, didagangkan kukuh pada 0.73600 berbanding USD, sementara kiwi pula mencatat kenaikan sederhana pada sekitar harga 0.7000.

Sementara dolar loonie pula menokok lebih tinggi menuju ke paras tertinggi 3 bulan, didukung oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia yang terus diangkat oleh kebimbangan terhadap pengurangan bekalan dan permintaan yang semakin meningkat.

Walaupun begitu, US dolar masih mengekalkan momentum pengukuhannya di paras ketinggian hampir satu tahun, dengan bergerak mendatar pada sekitar harga 94.30 berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Matawang yen pula terus didagangkan lemah di tahap terendah tiga tahun, ditekan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Menjadi tumpuan pelabur pada sesi Eropah, adalah penerbitan data sentimen ekonomi Eropah dan Jerman tinjauan ZEW yang menunjukkan bacaan lebih rendah daripada jangkaan pasaran.

Bagaimanapun, reaksi awal menunjukkan euro kurang terkesan dengan bacaan data tersebut, menyaksikan matawang itu didagangkan stabil pada sekitar 1.5620 berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat