Ini Mungkin Bukan Hujung Minggu Terbaik Buat Pelabur

150

Kesan daripada laporan pendapatan korporat yang bercampur dan lantunan pada ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi suku ke-3 (Q3), ekuiti mengakhiri sesi dalam ketidaktentuan.

Data keluaran dalam negara kasar (GDP) AS memperlihatkan lantunan 2.6% dari -0.6% dan melepasi unjuran 2.3% pasaran telah mengembalikan semula pengukuhan kepada greenback.

Selain itu, tindakan Bank Pusat Eropah (ECB) yang turut sama menaikkan kadar menepati jangkaan sebanyak 75 mata asas kepada 2% telah menekan Euro turun dan dolar menaik.

Rentetan itu, indeks-indeks utama Wall Street berakhir bercampur dengan Dow Jones naik 0.61% sementara S&P 500 hilang 0.61% dan Nasdaq Composite susut 1.63% ekoran keputusan korporat yang suram.

Indeks STOXX 600 Eropah menyusut dari lantunan paras tertinggi 20 September semasa awal sesi selepas pengumuman dari Presiden ECB, Christine Lagarde berkenaan kenaikan kadar dan tolok MSCI global turun 0.57%.

Di Asia pula menyaksikan Nikkei 225 jatuh 0.98%, Topix turun 0.51%, Kospi Korea Selatan susut 0.44%, Kosdaq junam 0.67%, S&P/ASX 200 Australia kuncup 0.49% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun gugur 0.26%.

Mengulas mengenai keadaan pasaran semasa adalah Jeffrey Roach dari LPL Financial dengan mengatakan AS jauh dari kemelesetan berdasarkan pengukuhan sektor penggunanya namun prospek pertumbuhan dilihat masih lagi lemah.

Turut memberi pandangan dari seberang tambak adalah Altaf Kassam, ketua strategi pelaburan EMEA, yang meletakkan unjuran ECB dijangka akan kurang agresif dengan kenaikan hanya 50 mata asas pada Disember nanti.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan dilihat terus berundur dari paras tertinggi dengan nota 10 tahun susut di bawah 4%.

Bagi komoditi, harga minyak kekal dalam momentum kenaikan dengan Brent naik 1.3% pada $96.96 sementara minyak WTI lonjak 1.3% pada $89.08.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat