Ini Nasib Minyak Mentah Selepas Meroket Ke Paras Tertinggi 14 Tahun

491

Dagangan minyak mentah kekal mengukuh di paras ketinggian 14 tahun ketika Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menyekat import minyak dari Rusia sebagai tindak balas kepada serangan ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, tindakan ini dilaporkan hanya akan melibatkan Washington sahaja memandangkan ia tidak mendapat persetujuan daripada sekutu Eropah. Ini secara tindak langsung, sedikit meredakan kebimbangan terhadap gangguan bekalan yang lebih luas.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada $126 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat didagangkan sedikit berubah pada $121 setong.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sedang berusaha untuk mengurangan kebergantungannya terhadap import gas, minyak dan arang batu daripada Rusia secara berperingkat dengan mempercepatkan pembangunan sumber tenaga diperbaharui.

Konflik yang meningkat antara Rusia dan Ukraine telah membawa kepada beberapa sekatan ekonomi dijatuhkan terhadap Moscow termasuk sektor tenaga.

Ini menyebabkan harga minyak mentah dan gas melonjak mendadak disebabkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga dunia akan terjejas di tengah pemulihan permintaan yang kukuh dari pandemik Covid-19.

Rusia mengeksport sekitar 7 juta tong sehari produk mentah dan minyak kepada dunia.

Jika semua eksport minyak Rusia disekat daripada pasaran global, penganalisis berkata harga boleh melonjak kepada $200 setong, manakala timbalan perdana menteri Rusia berkata minyak boleh melonjak kepada lebih daripada $300.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat