Ini Nasib USD Selepas Menjunam Parah!

323

Membuka tirai sesi Eropah, US dolar didagangkan stabil susulan kejatuhan yang dicatatkan selepas laporan minit mesyuarat FOMC dikeluarkan.

Kecewa dengan isyarat lebih dovish daripada dijangkakan, mata wang gergasi itu berundur dari paras terkuat 2 minggu untuk didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.

Menurut minit FOMC yang terbaru, majoriti penggubal dasar Federal Reserve (Fed) bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah lebih kecil akan berlaku tidak lama lagi.

Ia sekali gus menguatkan jangkaan pasaran bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember.

Selain itu, US dolar turut terkesan dengan penerbitan data ekonomi yang menunjukkan aktiviti perniagaan sektor swasta Amerika Syarikat merosot mendadak pada November.

Namun, terima kasih kepada situasi Covid-19 di China yang semakin parah, dolar greenback yang juga dianggap sebagai safe-haven berhasil mengurangkan sedikit kerugian pada awal sesi Eropah.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand yang pada mulanya meningkat, sedikit berundur susulan laporan mengenai kes Covid-19 di China mencecah rekod baharu.

Pada hari Rabu, negara itu merekodkan 31,527 kes, melepasi puncak 29,317 yang dicatatkan pertengahan April lalu ketika penutupan (lockdown) dilaksanakan di Shanghai.

Turut memaparkan penyusutan adalah dagangan euro dan pound, tetapi masing-masing masih mengekalkan sebahagian besar keuntungan yang diraih minggu ini.

Bagaimanapun, pergerakan pasaran diramalkan terhad menuju sesi New York berikutan penutupan pasaran saham dan bon Amerika Syarikat sempena cuti Thanksgiving Day pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat