Ini Parah Ni! BTC Jatuh Tergolek Bawah $27,000!

273

“Mesti pelabur sakit hatikan tengok BTC asyik jatuh, naik tembus $30K pun belum lagi.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) tampaknya terjun sehingga $26,600 apabila butiran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang diteliti awal pagi tadi mencadangkan kenaikan kadar faedah sebelum tahun 2023 berakhir.

Memang tidak dinafikan kenaikan kadar faedah untuk mesyuarat FOMC seterusnya yang dijadualkan pada 1 November mampu terjadi, tetapi minit itu juga mendedahkan semua ahli bersetuju mengekalkan kadar faedah.

Terdapat persetujuan di kalangan ahli Jawatankuasa juga untuk lebih bersikap berhati-hati dan melihat risiko bagi mencapai matlamat inflasi sasaran pada 2%.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa seluruh pasaran kripto termasuk BTC telah menyaksikan penurunan apabila minit mesyuarat FOMC tersebut lebih berminat memberi isyarat bercampur-campur dan bukan yang jelas.

Ditambah pula terbitan data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada malam semalam untuk September didapati lebih kukuh daripada jangkaannya 0.3%, di mana ia merekodkan angka 0.5%.

Menurut Caleb Franzen, pengasas Cubic Analytics berpandangan bahawa harga BTC bukan sahaja mampu menyusut sehingga $25,000 malah dapat menguji semula zon lebih rendah daripada paras tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.53% pada paras $26,758 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $522 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 3.57% sepanjang minggu lepas.

Manakala Ethereum (ETH) pula tergelincir sekitar 1.00% pada paras $1,557 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $187 bilion dan Ripple (XRP) merudum 2.37% pada $0.48, kemudian susut 8.37% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat