Ini Pekara Yang Perlu Diketahui ‘Trader’ Mengenai Laporan NFP Bulan Julai!

1,749

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan meningkat dengan kukuh pada bulan Julai didorong oleh permintaan pekerja dalam sektor perkhidmatan. Hal ini membawa indikasi bahawa ekonomi masih mengekalkan momentum dalam permulaan suku ketiga.

Data NFP catat peningkatan ketara sebanyak 943,000 pekerjaan pada bulan lalu setelah meningkat 938,000 pada bulan Jun, berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja yang dikeluarkan sebentar tadi. Bacaan ini juga jauh mengatasi ramalan para pakar ekonomi yang meramalkan data NFP akan naik sebanyak 870,000 pekerja.

Disisi lain, kadar pengangguran turun kepada 5.4% daripada 5.9% pada bulan Julai. Pakar ekonomi, Sam Bullard berpendapat bahawa keadaan pasaran buruh dilihat sihat pada awal suku ketiga kerana perniagaan perkhidmatan intensif buruh terus mengambil pekerja berikutan permintaan yang tinggi.

Tambah Bullar dalam masa yang sama, pengembangan program sekolah musim panas di beberapa daerah turut mendorong pertambahan pekerjaan dalam sektor pendidikan.

Laporan berbeza yang turut menaikkan sentimen pasaran ialah bahawa ekonomi telah pulih sepenuhnya bagi suku kedua daripada kemelesetan ekonomi akibat penularan pandemik. Penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini dilihat akan mencapai sekitar 7%, yang merupakan bacaan yang terpantas sejak tahun 1984.

Disisi berbeza, pakar ekonomi, James McCann menyatakan bahawa laporan pekerjaan yang kukuh dalam beberapa bulan hadapan akan memberi lampu hijau kepada the Fed untuk membuat pengumuman awal pengetatan dasar.

Setakat ini yang menjadi kekhuatiran pasaran ialah peningkatan jangkitan Covid-19, yang didorong oleh varian Delta dari Covid-19 yang akan meningkatkan risiko. Walaupun impak terhadap kegiatan ekonomi berkemungkinan rendah, dengan hampir separuh dari populasi diberi vaksin sepenuhnya namun kes yang meningkat akan mendorong pekerjaan dari rumah dan menghalang pengambilan pekerja.

Indeks US dolar catat pengukuhan 0.23% berbanding matawang utama kepada paras dagangan 92.468.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat