Ini Penilaian Terkini Pertumbuhan Ekonomi Untuk Timur Tengah Dan Asia Tengah!

209

Institusi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi Timur Tengah dan Asia Tengah berikutan impak krisis Covid-19 terhadap ekonomi adalah lebih buruk daripada jangkaan dan ia bertambah buruk apabila rantau tersebut turut berhadapan dengan kejatuhan harga minyak.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh IMF, rantau yang merangkumi 30 negara tersebut dijangka akan mengalami kejatahunan dalam KDNK benar sebanyak 4.7% pada tahun ini iaitu 2% lebih rendah berbanding ramalan yang dikeluarkan sebelum ini pada bulan April.

Penularan pandemik ini telah memberi impak besar terhadap ekonomi terutama pada sektor-sektor pelancongan dan perdagangan. Dalam masa yang sama, harga minyak yang rendah dan kejatuhan dalam pengeluaran minyak mentah telah membebani ekonomi rantau tersebut.

Ketidakpastian dalam pelbagai perkara sepanjang penularan pandemik tersebut telah mendedahkan wilayah tersebut kepada ketidakstabilan pasaran yang lebih buruk dan mengekang kemmampuan pemerintah untuk membiayai semuala hutang yang berjumlah sekitar $21 bilion pada separuh kedua tahun ini sebagaimana menurut kenyataan IMF.

Penerimaan eksport minyak dijangka menurun lebih dari $270 billion pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan di Asia Tengah dinilai semula pada tahap yang lebih rendah berikutan sebahagiannya adalah disebabkan kejatuhan dalam pengeluaran minyak.

Ramalan IMF menjangkakan KDNK sebenar jatuh sebanyak 7.1% pada tahun ini berbanding ramalan pada bulan April yang menjangkakan penurunan hampir 3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat