Ini Pergerakan Ekuiti Menjelang Minggu Penting Buat 4 Bank Pusat

117

Aliran pasaran ekuiti bermula mendatar di Asia, mengikuti pergerakan pada Amerika Syarikat (AS) dengan terdapat 4 mesyuarat penting bank pusat pada minggu ini.

Pembukaan sesi dagangan Asia memperlihatkan Kospi Korea Selatan jatuh 0.45%, Kosdaq turun 0.74% sementara indeks S&P/ASX 200 naik 0.11%.

Pasaran saham Jepun pula ditutup sempena cuti ‘Hari Penghormatan Golongan Berusia‘.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun naik 0.1% selepas mengalami kerugian mingguan sebanyak 3%.

Menyingkap situasi di Wall Street, Dow Jones Industrial jatuh 0.5% dengan S&P 500 susut 0.7% dan Nasdaq Composite hilang 0.9% pada sesi penutupan Jumaat lalu.

Sungguhpun begitu, niaga hadapan indeks Dow Jones dan S&P dilihat naik 0.2% sementara niaga hadapan Nasdaq mendatar.

Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar kekal pada 109.60 berbanding sejumlah lain dengan Yen pada 142.78 per dolar, Euro pada $1.1021 dan Pound pada $1.1436.

Dalam pada itu, tumpuan sepanjang minggu akan berfokuskan kepada FOMC dan 3 mesyuarat penting bank pusat lain yang akan menyaksikan pelaksanaan kenaikan kadar faedah.

Pasaran meramal Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas yang secara tidak langsung akan menjadi pendorong pengukuhan semula dolar, dan ia membuatkan hasil Perbendaharaan melonjak minggu lalu.

Selain itu, Bank of Japan (BOJ) serta Bank of England (BOE) dan Swiss National Bank (SNB) akan melaksanakan kenaikan kadarnya pada Khamis iaitu hari sama Fed melakukan kenaikan dasar polisinya.

Rentetan daripada itu, pelabur ekuiti dijangka berdagang dengan penuh berhati-hati apabila pasaran kekal berisiko lebih-lebih lagi menjelang mesyuarat penting berkenaan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat