Ini Pergerakan Emas & Minyak Menjelang Hujung Minggu

380

Harga emas terus melambung tinggi untuk 3 sesi berturut-turut, menerbalikan kerugian yang dialami pada Isnin dengan sentimen positif dari China menekan turun minat pembelian dolar.

Carta XAU/USD memperlihatkan emas berlegar-legar di paras $1,790 selepas China mengumumkan peralihan daripada dasar sifar Covid, seterusnya menandakan dolar alami penyusutan buat 2 hari berturut-turut.

Pergerakan dolar itu dilihat berbeza dengan aliran Hasil Perbendaharaan apabila nota 10 tahun memulih dari paras terendah sejak pertengahan September semalam.

Ternyata berita positif China, memberi bayangan bahawa aktiviti ekonomi dunia akan bergerak semula selepas peralihan polisi sekatan, menceriakan pelabur tatkala menantikan mesyuarat bank-bank pusat pada minggu depan.

Pada sisi berbeza, komoditi minyak meneruskan kejatuhannya untuk 5 sesi berturut-turut selepas pelabur menilai faktor kelembapan ekonomi global yang akan mengurangkan permintaan bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 1.3% pada $76.15 setong dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 0.8% pada $71.46 setong.

Sungguhpun begitu, minyak menyaksikan sedikit permulihan pada awalnya dengan berita penutupan saluran paip Keystone Kanada-Amerika Syarikat (AS).

Ia merupakan saluran paip utama yang menghantar minyak mentah Kanada dari Alberta ke Midwest AS dan selat Gulf, yang terpaksa ditutup selepas berlaku pertumpahan di sungai Kansas.

Dan berita susulan dari AS-Gulf yang mengesahkan lebihan inventorinya mengehadkan keuntungan pada harga minyak semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat