Ini Pergerakan Mata Wang Utama Menjelang Laporan NFP

481

Dagangan euro menyaksikan pemulihan pada sesi dagangan awal pagi tadi terkesan oleh data-data ekonomi AS yang lemah sebelum menyusut disebabkan peningkatan indeks dolar USD disokong oleh jangkaan oleh beberapa pakar ekonomi yang mengunjurkan peningkatan dalam laporan pekerjaan NFP malam ini.

Laporan pekerjaan NFP malam ini dilihat memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan Federal Reserve AS (Fed) dalam pelonggaran polisi. Pasaran menjangkakan Fed akan membuat pemotongan kadar faedah buat kali ketiga sebanyak 25 mata asas di mesyuarat FOMC 30 Oktober ini berikutan tanda-tanda kemelesetan semakin meningkat.

Sementara itu, pound mempamerkan pergerakan meningkat berikutan Kesatuan Eropah (EU) telah memberikan masa satu minggu untuk PM UK Boris Johnson menghasilkan pelan yang boleh diterima untuk perjanjian Brexit.

Mata wang dolar Australia diniagakan berlegar berhampiran paras tertinggi 0.6760 mengetepikan kelemahan data ekonomi negara itu daripada yang diunjurkan. Setakat ini, kelemahan data tersebut tidak memberikan banyak kesan terhadap pergerakan dolar Aussie.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Australia pagi tadi, perbelanjaan pengguna seperti yang dicerminkan oleh jualan runcit bagi bulan Ogos dicatatkan sebanyak 0.4% tersasar daripada yang diunjurkan 0.5%.

Kiwi muncul sebagai mata wang yang paling kukuh dengan mengalami peningkatan berterusan hari ini di samping harga minyak yang tinggi. Dagangan mata wang yen dan emas juga mengalami peningkatan di tengah pasaran berhati-hati menjelang laporan NFP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat