Ini Pergerakan Semasa USD Menjelang Sesi New York

623

Permulaan pasaran sesi Eropah melihatkan dagangan mata wang utama yang tidak banyak berubah berikutan kewaspadaan pelabur di tengah ketidakpastian mengenai wabak coronavirus.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan sedikit susut pada 96.05.

Pasaran keseluruhannya dilihat berwaspada berikutan faktor volatiliti harga yang tinggi menjelang akhir tahun, menyebabkan pelabur membataskan posisi dalam pasaran kewangan.

Pelabur juga sekali lagi menilai risiko varian Omicron terhadap pertumbuhan ekonomi, yang telah mendorong peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia.

Walaupun begitu, pelabur tampaknya mengambil pandangan yang lebih positif memandangkan kebanyakan negara telah mengadaptasi Covid-19 sebagai endemik.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah mengurangkan tempoh kuarantin yang dikenakan untuk rakyat AS kepada lima hari daripada 10 hari ketika wabak Covid-19 semakin menular.

Ini menyokong dagangan mata wang utama untuk mempertahankan keuntungan yang diraih susulan kelemahan dolar greenback.

Hal ini dapat dilihat pada pergerakan mata wang pound yang semakin menghampiri paras ketinggian lima minggu pada 1.3450 berbanding USD. Pentadbiran Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi jaminan bahawa tiada sekatan baharu akan dilaksanakan pada musim cuti ini.

Sementara dagangan euro pula terus bertahan di atas paras harga 1.1300 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat