Ini Perkara Perlu Diketahui Pelabur Menjelang Hujung Minggu

727

Dolar Amerika bergerak lebih tinggi pada sesi Eropah, ketika sentimen berisiko terus menguasai pasaran disebabkan kekhuatiran terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar diniagakan meningkat pada harga 93.64 pada sesi Eropah.

Greenback telah meningkat sekitar 1.2% pada minggu ini, setelah disokong oleh permintaannya sebagai safe-haven berikutan sentimen risk-off dalam pasaran, dan juga didukung oleh optimisme untuk pengetatan dasar monetari yang lebih cepat.

Susulan penerbitan minit mesyuarat FOMC pada Khamis, sebahagian besar pembuat dasar dilihat bersetuju untuk melaksanakan pengurangan pembelian aset bulanan bank pusat pada tahun ini.

Sementara itu, berita mengenai kes coronavirus yang semakin meningkat di Asia, terutama di Australia dan New Zealand juga membantu permintaan USD sebagai safe-haven.

Langkah sekatan di Australia dan New Zealand dilanjutkan lagi, dan hal ini telah mendorong kedua-dua matawang menjunam ke paras terendah sembilan bulan, dan memberi peluang untuk US dolar terus didagangkan lebih tinggi.

Peningkatan ini bukan sahaja dilihat di Asia, tetapi juga di Eropah, yang mana Jerman juga telah mula menunjukkan kenaikan dalam jumlah kes harian Covid-19.

Di UK pula, kes harian Covid-19 juga semakin meningkat, manakala data ekonomi yang dikeluarkan pada minggu ini menunjukkan bacaan menyuramkan dalam penjualan runcit dan inflasi.

Ini menyebabkan matawang pound susut ke paras terendah satu bulan, sementara dagangan euro pula melemah di tahap paling rendah sembilan bulan menjelang penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat