Ini Perkara Yang Dilakukan Pelabur Menjelang Minit Mesyuarat FOMC!

290

US dolar sedikit melemah apabila pelabur mula mengambil langkah berhati-hati menjelang penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat dan laporan minit mesyuarat polisi FOMC.

Walaupun raja mata wang itu masih mengekalkan dominasi dalam pasaran dengan mempertahankan sebahagian besar keuntungannya yang telah diraih pada awal minggu.

Pemain pasaran akan meneliti minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada awal pagi nanti untuk sebarang isyarat baharu tentang kemungkinan besar kenaikan kadar faedah pada bulan September.

Sementara itu, data jualan runcit pada sesi New York juga akan menawarkan pandangan baharu tentang keadaan pengguna di AS yang dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1% pada bulan Julai.

Euro naik semula ke wilayah positif, selepas jatuh lebih awal susulan data yang menunjukkan sentimen pelabur di Jerman sedikit merosot pada bulan Ogos berikutan kebimbangan kenaikan sara hidup akan menjejaskan penggunaan swasta.

Krisis tenaga terus membelenggu Eropah selepas mengenakan sekatan terhadap Rusia akibat pencerobohannya ke atas Ukraine, dengan Moscow memberi amaran bahawa harga gas yang tinggi mungkin melonjak lagi.

Selain itu, pound juga didagangkan meningkat walaupun telah diperlihatkan dengan data pekerjaan UK yang kurang memberangsangkan pada bulan Jun.

Tumpuan utama pelabur pada sesi Asia disasarkan kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, memperlihatkan dolar kiwi stabil sebelum keputusan diumumkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat