Ini Pula Jangkaan Untuk GBP/USD Menjelang Mesyuarat BOE!

227

Data inflasi UK yang diterbitkan semalam memberi isyarat bahawa bank pusat perlu meneruskan lagi kenaikan kadar faedah setelah bacaan tahunan indeks harga pengguna UK melonjak tinggi ke paras 10.4%, meleset berbanding jangkaan untuk catatkan 9.9%.

Justeru, walaupun pergerakan agak bercampur namun Pound dilihat berjaya meningkat berbanding US dolar ketika pasaran memberi reaksi pula terhadap keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.00%, dan turut memberi isyarat dovish untuk dasar monetari selanjutnya.

Pasaran menilai Fed semakin menghampiri penghujung fasa pengetatan polisi, namun buat ketika ini, langkah pemotongan kadar faedah belum lagi menjadi pilihan.

Tumpuan seterusnya akan terarah pula kepada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dengan pasaran menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas.

Meneliti carta harga pasangan GBP/USD semalam, harga pada mulanya meningkat ke paras 1.23000 telah berundur semula ke sekitar 1.22300.

Namun harga telah melonjak susulan reaksi terhadap mesyuarat FOMC mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.23300 sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.22600.

Pergerakan harga yang kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD terus memberi isyarat bullish.

Kenaikan harga diteruskan di sesi Asia pagi ini (Khamis) yang cuba melepasi zon 1.23000 dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan lagi ke paras lebih tinggi.

Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai sekitar 1.24000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Sebaliknya jika harga gagal kekalkan momentum dan mula membuat penurunan semula, harga akan kembali menuju zon RBS (resistance become support) 1.22000.

Susut lebih rendah di bawah zon tersebut dan turut melepasi sokongan MA50, akan mencetus jangkaan awal bagi perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat