Pengukuhan dolar greenback akhirnya terhenti menyusuli penyusutan dalam hasil perbendaharaan AS yang telah menjadi pemacu utama kepada peningkatan matawang itu sejak minggu lalu.
Hal ini telah memberi ruang buat dagangan matawang utama untuk kembali meningkat di tengah- sentimen pasaran yang bertambah baik.
Namun begitu, para perlabur tetap berhati-hati dengan ketiadaan pemangkin yang jelas, seperti data ekonomi utama, untuk memacu pergerakan matawang dalam pasaran.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun susut sedikit kepada 1.12% daripada 1.18% ketika sesi New York, dan ini telah mendorong penyusutan buat US dolar.
Pasaran kini menfokuskan perhatian mereka kepada Presiden terpilih Joe Biden yang akan melancarkan pelan rangsangan ekonomi tambahan beliau pada hari Khamis yang pastinya akan mempengaruhi sentimen pasaran.
Euro mendaki lebih tinggi seiring dengan kemerosotan dolar greenback, walaupun Zon Eropah kini berdepan dengan tekanan untuk pelaksanaan penutupan coronavirus yang lebih lama di Jerman.
Canselor Angela Merkel memberi amaran bahawa penutupan mungkin berlangsung selama 8 hingga 10 minggu jika situasi tidak bertambah baik.
Sementara itu, pound sterling melonjak ekoran kenyataan daripada Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey yang meredakan kebimbangan pasaran terhadap pelaksanaan kadar faedah negatif.
Bagi matawang Asia pula, dolar Aussie dan New Zealand kembali melonjak dari paras terendah satu minggu berbanding US dolar.