Ini Rangkuman Perbincangan PM Johnson Dan Angela Merkel Awal Pagi Ini

189

Pelabur memberi fokus terhadap ucapan daripada Cancelor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri UK, Boris Johnson selepas mesyuarat di Berlin untuk petunjuk terhadap perkembangan Brexit pada awal pagi tadi.

Memulakan ucapan, Angela Merkel menyatakan bahawa objektif utama adalah untuk meneruskan hubungan yang erat bersama Britain selepas Britain berundur dari Kesatuan Eropah (EU). Beliau terbuka untuk perjanjian Brexit, tetapi sudah bersedia untuk apa jua senario yang bakal berlaku.

Beliau walau bagaimanapun menyatakan integriti pasaran tunggal perlu dipertahankan serta perjanjian Good Friday Agreement harus dihormati.

Sementara dalam ucapan PM Boris Johnson pula, beliau mengatakan hubungan Britain bersama Jerman adalah sangat penting dan jelas bahawa UK mahukan rundingan.

Namun, Britain tidak boleh menerima perjanjian pengunduran yang telah dibuat dengan penetapan yang membahagikan Britain.

Jika kawalan sempadan di Ireland dihapuskan, masalah akan selesai dan kerjasama akan diteruskan. PM Johnson menambah lagi, beliau bertanggungjawab untuk perlindungan terhadap 3.2 juta rakyat EU yang berada di UK.

Ketika diajukan soalan oleh wartawan, beliau menjawab kawalan sempadan dan peraturan penetapan yang berpotensi menjatuhkan negara demokrasi, harus dihapuskan dari perjanjian.

Jika persetujuan isu kawalan sempadan berjaya dicapai, proses perjanjian akan menjadi lebih mudah dah cepat. Rundingan adalah dilihat sukar namun jalan penyelesaian tetap harus diwujudkan.

Dengan pendekatan yang sabar dan optimis oleh kedua-dua pihak, beliau percaya bahawa perjanjian mampu dicapai pada saat-saat akhir.

Hasil perbincangan yang dilihat masih belum meyakinkan mendorong peningkatan risiko terhadap dagangan Pound Sterling sehingga penghujung minggu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat