Ini Reaksi Dolar Aussie Dan Kiwi Susulan Data Ekonomi China

201

Matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan stabil setelah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi China yang lebih baik daripada dijangkakan.

Data daripada Biro Statistik Negara (NBS) melaporkan indeks PMI pembuatan China meningkat ke tahap tertinggi tahun ini pada bulan Mac, setelah mencatat penurunan pada bulan sebelumnya.

Ini menunjukkan pemulihan dalam sektor pembuatan ketika penggunaan domestik dan permintaan global terus menunjukkan peningkatan.

Dalam industri tertentu, peralatan profesional, peralatan elektronik telekomunikasi internet dan produk mineral bukan logam semuanya mencatatkan pesanan baru di atas 55%, yang menunjukkan pemulihan yang agak cepat, lapor NBS.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, dolar Aussie didagangkan sedikit susut di sekitar harga 0.7600, sementara kiwi pula diniagakan pada 0.6980 berbanding US dolar yang kukuh.

Walaupun begitu, dagangan dolar Aussie mungkin berdepan dengan tekanan baru disebabkan kelewatan program vaksinasi di Australia. Negara itu gagal mencapai sasaran untuk memberikan 4 juta vaksin Covid-19 pada 31 Mac, dengan kekurangan 3.4 juta dos.

Hal ini telah menimbulkan kritikan terhadap kerajaan Australia, ditambah lagi dengan pelaksanaan lockdown di Brisbane selepas terdapat beberapa kes Covid dikesan di wilayah itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat