Ini Reaksi Pasaran Berhubung Pengumuman Rundingan Brexit Kembali Diteruskan

328

Dagangan pound meningkat mendekati paras tertinggi yang dicapai Jumaat lalu berbanding dolar USD dan mata wang utama lain pada sesi dagangan Eropah berikutan terdapat laporan bahawa rundingan Brexit akan kembali diteruskan.

Peningkatan ini juga turut disokong oleh kenyataan Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier bahawa kemungkinan untuk mendapatkan perjanjian Brexit pada minggu ini adalah tidak mustahil.

Perunding Britain dilaporkan akan membawa pelan cadangan mereka ke Brussels hari ini yang bertujuan untuk menangani isu kastam dan sempadan Ireland dalam usaha mencapai perjanjian Brexit.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia merupakan pelan baru atau sama seperti yang dicadangkan ketika pertemuan antara PM UK Boris Johnson dan PM Ireland Leo Varadkar pada Jumaat lalu.

Susulan daripada kenyataan itu, euro turut mencatatkan peningkatan kira-kira sebanyak 2% sebagai tindak balas bahawa jika berlaku no-deal Brexit, ia juga akan memberi kesan yang besar kepada zon Eropah.

Pergerakan euro juga turut dipengaruhi oleh data Petunjuk Sentimen Ekonomi ZEW Jerman yang mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 0.3 mata kepada -22.8 pada Oktober berbanding bulan sebelumnya -22.5.

Bagaimanapun, indeks ini dilaporkan lebih baik kerana ia lebih tinggi daripada jangkaan pasaran yang menetapkannya pada -27 yang mampu membawa sedikit perubahan dalam pergerakan euro.

Di sisi matawang utama lain, tidak banyak pergerakan yang dapat dilihat memandangkan perkembangan rundingan perdagangan anatara AS dan China masih membelenggu pasaran untuk kekal berwaspada.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat