Ini Reaksi Pasaran Saham Global Pada Hari Ini!

465

Bursa Dow Jones pada hari ini jatuh 0.4% dengan 115.98 mata. Manakala bursa S&P 500 jatuh 0.5% dan Bursa Nasdaq pula jatuh 0.8% setakat ini.

Pada hari ini, selera para pelabur unutk memegang saham dan aset berisiko berkurangan berikutan penantian testimoni 2-hari sebelum kongres oleh Gabenor Fed Jerome Powell pada hari Rabu. Pasaran mengharapkan pengerusi bank pusat akan memberikan sedikit harapan dalam mesyuarat.

Para pelabur dan pemain pasaran mengharapkan gabenor The Fed Jerome Powell akan lebih cenderung dovish dalam kenyataan nanti.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan Wall Street melemah ialah berikutan kemerosotan dalam saham teknologi. Antara saham teknologi yang terkesan ialah saham syarikat Apple , NetApp dan Juniper Networks. Saham Apple jatuh berikutan penganalisis Rosenblatt Securities menurunkan taraf saham Apple daripada menjual kepada neutral.

Menurut penganalisis, saham teknologi berada dalam keadaan yang berisiko terutama saham bernilai tinggi.

Pada hari ini saham-saham yang menjadi tumpuan ialah saham syarikat PepsiCo Inc, Piper Jaffray Co dan Etsy, Inc. Saham Pepsi naik 0.9% dalam pra dagangan selepas mengeluarkan laporan suku tahun kedua yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat