Ini Risiko Untuk Dagangan EUR/USD Pelabur Perlu Tahu

604

Pergerakan US dolar pada dagangan awal minggu dilihat agak bercampur selepas momentum pengukuhan yang dipamerkan di penghujung minggu lalu gagal untuk dikekalkan.

Pelabur berwaspada menjelang keputusan mesyuarat FOMC dengan perhimpunan 2 hari oleh Federal Reserve (Fed). Petunjuk polisi terbaru akan diteliti oleh pelabur melalui kenyataan yang disampaikan oleh bank pusat.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang susut semula ke sekitar paras 1.60% turut memberikan tekanan buat US dolar dan memacu pergerakan raja mata wang itu di awal minggu.

Namun US dolar masih berjaya untuk didagangkan lebih baik berbanding beberapa mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Seperti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga memaparkan corak penurunan selepas harga yang berlegar di sekitar paras 1.19600 di sesi Asia semalam telah jatuh lebih rendah ke paras 1.19100 dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Harga bergerak mendatar sehingga penghujung sesi New York dan bersambung pada sesi Asia pagi Selasa.

Walaupun beberapa faktor dilihat menekan dagangan US dolar, namun harga pada carta EUR/USD masih menunjukkan trend penurunan.

Harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah sekiranya berjaya melepasi zon RBS (resistance become support) 1.19000 sebelum mencecah sehingga ke paras sekitar 1.18000.

Sekiranya harga berjaya melonjak berikutan penyusutan lebih ketara US dolar, kenaikan harga dilihat akan menguji paras rintangan 1.20000 pada zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat