Ini Rupanya Faktor Yang Menyokong Harga Minyak Kembali Bangkit!

164

Gangguan terbaharu dalam bekalan di Teluk Mexico telah membantu memberi sokongan untuk dagangan komoditi hitam meningkat menjelang penghujung minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada sekitar harga $94 setong manakala dagangan minyak Brent pula lebih baik pada $99 setong.

Enam medan minyak dan gas di Teluk Mexico telah ditutup selepas kebocoran di stesen booster Louisiana menghentikan dua saluran paip.

Namun, menurut Shell Plc, ia menjangkakan perkhidmatan saluran paip akan disambung semula pada hari Jumaat. Tiga daripada enam platform air dalam yang dimiliki oleh Shell menghasilkan sejumlah 410,000 tong sehari minyak.

Dari segi permintaan, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) meningkatkan unjurannya untuk penggunaan minyak global tahun ini kepada 2.1 juta tong sehari daripada 380,000 tong ramalan sebelumnya.

IEA berkata harga gas asli dan gelombang haba yang memberi insentif kepada pertukaran kepada minyak untuk penjanaan kuasa.

Berbeza dengan IEA, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak dunia pada 2022 kepada 3.1 juta tong sehari pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat