Ini Rupanya Sebab Matawang Komoditi Menguat

361

Keyakinan dalam hubungan dagang Amerika Syarikat dan China telah menyokong sentimen terhadap matawang utama apabila kedua-dua pihak membuat komen positif setelah mengadakan panggilan telefon pada pagi Selasa.

Kedua-dua pihak dikatakan melihat kemajuan dan berkomitmen untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan kejayaan perjanjian tersebut, menurut Perwakilan Perdagangan AS, Robert Lighthizer.

Sementara Kementerian Perdagangan China pula menyifatkan perbincangan yang diadakan melalui panggilan telefon tersebut sebagai konstruktif.

Suasana pasaran yang positif mereda setelah penerbitan data keyakinan pengguna AS yang jatuh ke tahap terendah terbaru pada Ogos, dengan menurun kepada 84.8 daripada 91.7 pada Julai.

Susulan daripada itu, US dolar mula mempamerkan kenaikan pada sesi New York menyusuli penurunan dalam pasaran ekuiti daripada tahap tertinggi sehari, namun keuntungan yang diraih agak terbatas.

Matawang utama pula kekal didagangkan pada peningkatan yang sederhana dengan berlegar di tahap yang biasa.

Dagangan matawang komoditi terus meraih keuntungan daripada perkembangan positif dalam hubungan dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia, di mana dolar Aussie dan kiwi masing-masing diniagakan meningkat pada sesi Asia.

Sementara dolar Kanada juga kembali meraih pengukuhan, dipacu oleh kenaikan harga minyak yang disokong oleh kejatuhan inventori minyak mentah AS untuk minggu kelima berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat