Ini Saham Yang Melonjak Menjelang Laporan Data NFP

286

‘Ambil kesempatan dalam kesempitan keadaan pasaran yang kekal tidak menentu.’

Laporan pekerjaan sektor swasta AS (ADP) yang lemah memberi dorongan pelabur untuk beralih ke aset berisiko menjelang data pekerjaan utama pada lewat Jumaat.

Hal ini berlaku kerana pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan mempertimbangkan semula kenaikan kadar faedah sebanyak setengah mata asas, yang memberi harapan kepada pertumbuhan ekonomi.

Ekoran itu, saham di Wall Street mendapat momentum kenaikan untuk mengembalikan sedikit beberapa kerugian awal minggu ini.

Lonjakan saham diterajui oleh Tesla Inc, Nvidia Corp dan Meta Platforms Inc yang mencapai 4% manakala Amazon meningkat 3.1% dan Apple menambah 1.7% untuk menyaksikan Nasdaq Composite mengembalikan keuntungan.

Selain itu, 11 daripada 10 indeks S&P 500 turut meraih keuntungan dengan saham pengguna mencanak 3.03% dan diikuti oleh saham bahan melonjak 2.69%.

Sungguh pun begitu, S&P 500 dilihat sudah menurun 13% setakat ini sejak pencapaian tertingginya pada Januari lalu.

Berikut pula adalah pergerakan saham pertumbuhan lain menjelang penerbitan data pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS):

  • Microsoft Corp naik 0.8% sungguhpun syarikat mengurangkan ramalan keuntungan dan hasil suku ke-4.
  • Hewlett Packard Enterprise Co (HP) susut 5.2% selepas mengeluarkan ramalan sepanjang tahun yang mengecewakan disebabkan masalah mata wang dan pengeluaran dari pasaran Rusia.
  • Veeva Systems tambah 15% apabila syarikat meramalkan hasil suku tahunan bagi penjualan perisian sains hayatnya mengatasi jangkaan.
  • Ford Motor Co lonjak 2.5% selepas ia merancang untuk melabur $3.7 bilion kepada kilang pemasangan di Michigan, Ohio dan Missouri.

Buat masa ini, pelabur hanya membuat keputusan berdasarkan laporan data ADP yang dikeluarkan dan terus menantikan data pekerjaan utama hari ini dalam memastikan prospek pertumbuhan ekonomi serta pergerakan Fed dalam mengawal inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat