Ini Satu Lagi Kejutan Dari US Untuk Trader Sesi Asia

630

Sesi pasaran Asia memperlihatkan dagangan matawang utama meningkat selepas Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang untuk meningkatkan bantuan cek menjadi $2,000 seperti yang dicadangkan Presiden Donald Trump.

Pada minggu lepas, Trump menyuarakan ketidakpuasan hati beliau ke atas bantuan yang diterima rakyat Amerika yang dilihat sangat kecil dan perlu ditingkatkan daripada $600 kepada $2,000 atau $4,000.

Trump juga turut mengancam tidak mahu menandatangani pakej rangsangan bernilai $2.3 trilion sekiranya Kongres tidak mengubahnya. Namun, pada hari Isnin, beliau tiba-tiba mengubah fikirannya dengan menandatangani rang undang-undang tersebut.

Susulan daripada tindakan terbaru oleh Dewan Perwakilan ini, US dolar terus didagangkan lemah berbanding kebanyakan matawang utama.

Selepas diluluskan oleh Dewan, kini, rang undang-undang tersebut akan diserahkan kepada Senat untuk diundi. Parti Republik yang memegang majoriti dalam Senat, dilihat hanya memberi sedikit petunjuk bahawa mereka akan menyokong peningkatan jumlah cek, walaupun Trump menginginkan kenaikan tersebut.

Berita positif yang menghiasi sesi Asia hari ini telah mendorong dolar Aussie dan dolar New Zealand untuk kembali meningkat selepas susut pada sesi dagangan yang tidak menentu sebelum ini.

Matawang euro juga didagangkan lebih kuat susulan sentimen risiko yang meningkat setelah kesepakatan Kesatuan Eropah (EU) dan UK, serta keputusan Presiden Trump untuk mempersetujui pakej rangsangan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat