Ini Sebab Aussie Turut Menjunam Mengiringi Kejatuhan Dolar New Zealand

480

Sentimen pasaran berisiko sememangnya memberikan tekanan buat dagangan dolar Australia namun sesi pasaran Asia pagi ini yang menumpukan perhatian terhadap keputusan mesyuarat polisi bank pusat New Zealand turut memberikan tempias terhadap Aussie.

Atas faktor negara serantau, Aussie mengiringi penurunan pada dagangan Kiwi selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengejutkan pasaran dengan pemotongan sehingga 50 mata asas untuk penetapan kadar faedah kali ini.

Kadar faedah yang ditetapkan pertama kali di paras 1.00% oleh RBNZ merupakan yang terendah direkodkan dalam sejarah menimbulkan panik terhadap melabur membuatkan dagangan Kiwi berbanding dolar AS menjunam ke paras terendah sejak Januari 2016.

Turut menjunam, dagangan Aussie yang mencecah ke paras terendah terbaru hari ini berbanding dolar AS mengatasi paras terendah lebih sedekad yang pernah dicatatkan pada Mac 2009.

Australia dan New Zealand sememangnya mempunyai hubungan perdagangan yang kukuh dengan kedua-duanya saling merupakan pengeksport terbesar sesama mereka.

Oleh itu, ekonomi New Zealand yang terkesan akan turut mempengaruhi sektor perdagangan di Australia dan disebabkan itu nilai matawang Aussie dan Kiwi sering dilihat bergerak secara berkorelasi.

Walaupun begitu, Gabenor RBNZ Adrian Orr dengan tenang menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada mesyuarat hari ini tidak mempengaruhi tindakan pelaksanaan bank pusat pada masa hadapan.

Perubahan polisi monetari yang lebih longgar adalah berdasarkan paras kadar faedah neutral yang rendah, oleh itu penurunan kadar adalah bersesuaian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat