Ini Sebab Dolar Aussie Terus Dalam Tekanan!

448

Dolar Aussie terus didagangkan rendah pada Rabu di tengah dagangan US dolar yang lebih kukuh dan tekanan berterusan daripada situasi Covid-19 di Australia.

New South Wales negeri yang mempunyai populasi tertinggi di Australia terpaksa memperluaskan lagi langkah sekatan Covid-19 di kawasan luar bandar dan wilayah di Teluk Byron.

Terdapat empat kematian dan 356 jangkitan Covid-19 yang disebarkan secara tempatan disahkan di New South Wales pada hari Isnin, di mana hampir kesemuanya dikesan di Sydney.

Selain itu, Melbourne yang sepatutnya menamatkan sekatan mereka pada hari Khamis, terpaksa melanjutkan langkah sekatan selama 7 hari lagi, selepas lebih banyak kes jangkitan dilaporkan di bandar itu.

Australia setakat ini jauh lebih baik daripada kebanyakan negara maju lain, dengan jumlah kes jangkitan kurang 37,000 setakat ini. Angka kematian meningkat kepada 944 pada hari Rabu.

Bagaimanapun, dengan kurang daripada 25% penduduk negara itu menerima vaksin sepenuhnya, Australia berdepan amaran daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa negara itu berisiko untuk jatuh ke dalam kemelesetan kedua dalam beberapa tahun.

Kerajaan persekutuan dan negeri telah berkomitmen untuk menamatkan langkah sekatan apabila 70% daripada hampir 26 juta penduduk di negara ini diberi vaksin.

Pada awal sesi Eropah, dolar Aussie didagangkan di sekitar paras terendah hampir tiga minggu berbanding US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat